Novel ni bagi aku memang best.. Kisah percintaan antara Puteri Nur Aina, Iskandar Hafiz dan Megat Khalif. Iskandar dipaksa kahwin dengan si Puteri ni..tapi Puteri ni redha jer. Mak si Iskandar ni paksa Iskandar kahwin sebab dia nak merebut harta Puteri yang ditinggalkan oleh datuk Puteri. Tamak giler harta!Macam2 yang mak si Iskandar ni buat kat Puteri..hina Puteri..pukul Puteri..tapi Puteri ni sabar jer. Mak si Iskandar ni bersekongkol sekali dengan adik Iskandar, Rina. Rina dengan mak dia..sama naik. Iskandar ni sebenarnya dah sayang n cinta ngan Puteri..tapi dia kalah dengan mak dia. Dia nak jaga hati mak dia..tapi hati Puteri?Puteri terluka. Iskandar tak mampu menghalang kekejaman mak dia. Namun apapun, Puteri setia mencintai dan menyayangi Iskandar. Dalam masa yang sama, muncul watak Megat Khalif, sahabat baik Iskandar. Megat Khalif rupanya dalam diam mencintai Puteri. Setiap kali Puteri dilukai, Megat Khalif banyak membantu Puteri. Megat Khalif ni memang romantik..baik..sangat,sangat!Aku suka watak Megat Khalif ni..walaupun dia mencintai Puteri, isteri sahabat baik dia sendiri, tapi dia sedar diri dan banyak menasihati Iskandar supaya lebih menghargai Puteri.
Iskandar pening dan tertekan dengan arahan emaknya untuk mendera Puteri dengan hukuman yang kejam bagi seorang isteri..iaitu gantung tak bertali selama 5 tahun. Kenapa 5 tahun?sebab ikutkan wasiat datuk Puteri, selepas 5 tahun perkahwinan mereka, keluarga Iskandar ni akan dapat beberapa ekar tanah. Kerana bimbang dengan ugutan emak sendiri, Iskandar ni pun pergi membawa diri ke Australia selama beberapa tahun. Dalam tempoh tersebut, segala-gala kemudahan yang ditinggalkan Iskandar kepada Puteri, dirampas oleh mak Iskandar dan si Rina ni. Kasihan Puteri....Tapi nasib baik ada Megat Khalif yang setia ada saat2 Puteri memerlukan..lagi2 bila saat Puteri disahkan mengandung...Megat Khalif ni happy sangat..!
Megat Khaliflah yang sentiasa menghantar berita kepada Iskandar tentang perkembangan Puteri..segala-galanya diceritakan..cuma satu benda yang menjadi rahsia. Itupun atas kehendak Puteri sendiri...
Baguslah cerita ni..tapi aku menangis..sedih sangat2..bila nanti Megat Khalif ni meninggal dunia sebab brain tumor. Sedih.......
So far..bagi aku cerita ni best untuk dibaca dan dijadikan koleksi. Rugi sangat2 kalau tak baca...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar